Pengalaman di Bali - Hari Pertama


Hi kawan-kawan,mari saya kongsi pengalaman saya!

Pada tarikh 8 Jun, Isnin saya sekeluarga pergi bercuti ke Bali. Kami pergi ke lapangan terbang awal pagi.Kami sekeluarga segera ke kaunter yang diatur oleh pekerja di sana. Kawan kerja bapa, Uncle Hamidon dan keluarganya turut bersama hendak pergi ke Bali. Kami menaiki kapal terbang Air Asia® kerana tambang tiketnya jauh lebih murah daripada Malaysia Airlines®.

Pekerja di kaunter-kaunter itu, rambut mereka semua pacak. Lama juga menunggu untuk dilayan, kerana ramai warga indonesia hendak balik ke sana.Apabila tiba masa kami, kami mengangkat beg 'luggage' ke mesin'roller'.Selepas semua beg sudah selesai,kami dibenarkan pergi. Kami masih ada cukup masa untuk bersarapan pagi. Kami bersarapan di kedai MaryBrown®. Saya dan adik saya, Nana memakan ayam goreng.

Ayam gorengnya sungguh lazat! Selepas kenyang makan,kami segera ke lapangan menunggu orang-orang yang baru sampai dan tempat kami hendak ke kapal terbang. Apabila masanya kami ke kapal terbang, kami pun pergi ke kapal terbang. Jauh juga hendak jalan. Lebih-lebih lagi selepas makan.

Apabila sampai ke kapal terbang, kami masing-masing ke tempat duduk yang disediakan oleh jurukaunter tadi. Di kapal terbang, saya duduk di sebelah tingkap. Saya hanya serah kepada tuhan. Saya berzikir mengingati tuhan agar kami selamat sampai ke sana. Selepas beberapa minit, makanan telah siap disediakan. Saya makan Nasi Lemak tetapi tidak habis kerana saya sudah kenyang bersarapan di MaryBrown® . Saya meminta air Ribena® dan biskut Oreo® untuk dimakan apabila saya lapar.

Apabila selamat sampai ke Bali, saya berasa sungguh gembira. Saya berasa seperti saya bebas! Kami masuk ke lapangan terbang. Sebelum pergi ke tempat seterusnya, kami diwajibkan mengisi maklumat kami untuk apa-apa kesakitan kami harus terus dilayani. Selepas mengisi maklumat-maklumat, kami pergi ke tempat untuk dicop dan dibenarkan masuk.

Selepas itu kami dikena spotcheck. Pengawal itu bersama anjing yang besar. Saya takut! Mama saya suruh saya duduk diam dan mama saya beritahu ke pengawal agar jangan bagi anjing kena kami. Saya terlalu takut untuk memikir, saya cabut lari dan saya terus masuk. Syukur anjing itu tidak mengejar saya.

Apabila masuk,kami ambil beg 'luggage' kami. Selepas itu kami keluar dari lapangan terbang dan sewa tiga buah teksi. 1 teksi muat tiga orang. Saya sekeluarga enam orang, kami memerlukan dua teksi. Keluarga Uncle Hamidon cuma tiga orang, mereka memerlukan satu buah teksi sahaja. Apabila tiba di Hotel, kami sibuk mengambil gambar sekeluarga. Papa bayar untuk dua bilik bersambung. Saya tidur bersama dua abang saya, Shafiq dan Faisal. Nana pula tidur bersama dengan papa dan mama.

Selepas itu, kami semua kelaparan. Sementara tunggu Along Shafiq dan Angah Faisal mandi, saya menonton telivisyen sambil makan Oreo®. Selepas kami siap, saya sekeluarga dan keluarga Uncle Hamidon sama-sama menyewa kereta Innova dan kami bertolak ke kedai Orang Minang Nasi Padang. Makanannya tidak sedap sangat, tetapi kamu semua dalam kelaparan kami tidak menghiraukan langsung.

Selepas makan, kami pulang ke hotel dan menukar baju renang. Saya turut mengikut. Keluarga Uncle Hamidon juga ikut berenang. Kami berenang hingga malam hari. Saya, Nana, keluarga Uncle Hamidon ya itu Uncle Hamidon, Kak Helena dan Kak Alisya bermain Bola Baling Versi Air x) . Malam itu sungguh gembira!

Selepas itu kami pulang ke bilik dan kami mandi. Selepas itu kami bersama keluarga Uncle Hamidon pergi ke Jinbaran Beach dan kami makan ke sebuah kedai yang besar di tepi laut bernama Matahari CafĂ©®. Meja kami terletak di pantai. Suasananya sungguh aman. Harga makanan di sana sungguh murah, dan makanannya sungguh lazat! Saya sekeluarga, Keluarga dan Uncle Hamidon dan juga kawan Uncle Hamidon. Selepas saya, Nana , Kak Helena, Kak Alisya makan, kami bermain di tepi pantai. Kami jalan- jalan tepi air dan kami bermain game soal 'true,dare or not'.

Akhir sekali, kami pulang ke hotel dan masuk ke bilik masing-masing. Saya berus gigi,ambil wuduk dan solat. Selepas itu saya salam mama dengan papa, lepas itu saya tidur dengan lena.


>>>> Bersambung <<<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan